Ini adalah pusat pengumpulan maklumat diskografi rakaman P. Ramlee, disusun menurut kronologi rakaman piring hitam, juga kronologi filem, berdasarkan maklumat yang didapati daripada pelbagai sumber di Internet. Pihak admin tidak memiliki sebarang rakaman piring hitam atau filem yang tersenarai. Taraf sumber maklumat rakaman di Internet juga pelbagai, dan kebanyakannya bukan primer dan kurang berwibawa, contohnya Youtube, blog-blog peribadi, portal lelongan, dan sebagainya). Oleh sebab itu, pusat maklumat sedia ada seperti Discogs, 45worlds, dan Wikipedia tidak dapat dimanfaatkan, kerana maklumat yang terkumpul setakat ini tidak menepati syarat-syarat yang dikenakan oleh setiap pusat maklumat tersebut. Maka laman wiki ini dibangunkan bagi mengumpul serta mengesahkan setiap maklumat yang ada, sehingga menepati piawaian pusat-pusat maklumat tersebut, sebelum dapat dipindahkan ke sana.
Bagi memastikan paparan kemas dan mudah dibaca, sumber asal bagi setiap maklumat (termasuk gambar dll) dinyatakan sebagai pautan / link pada maklumat/gambar tersebut, atau disenaraikan di bahagian bawah setiap artikel.
Sebarang maklumbalas (cadangan, pembetulan, komen, dll) silalah hubungi kami.
Buat masa ini, senarai ini terhad untuk sebarang rakaman yang mengandungi suara P. Ramlee sahaja. Skop ini mungkin akan dikembangkan lagi di masa akan datang.