CHECK

Terima kasih atas kehadiran full members semasa sesi random check. Ada beberapa maklumat berguna;

1. Berlaku masalah utama, iaitu ketika intro, terutamanya bagi lagu-lagu berentak pop/r n b. Minta semak balik.
2. Masalah biasa, kurang mengingat lagu kerana tempoh persediaan agak singkat dan lagu banyak
3. Susunan muzik terutama gitar-gitar: bagi gitar yang mahu berdistort / tak clean lepas ni kena pastikan bunyi distortion sangat rendah, suku sahaja. Pastikan mode tone ‘mild’ sebab gitar hanya bunyi tambahan/boleh jadi gangguan kepada muzik kalau tak dikawal. Kalau boleh, bunyi ‘clean’ sahaja.
4. Bass- drum kurang adunan
5. Lagu tambahan – Careless Whisper
6. Lagu ‘kalau berpacaran’ clarinet menggantikan vocal
7. Lagu ‘selamat pengantin baru’ clarinet menggantikan gitar solo.

Untuk sesi akan datang, score akan disediakan untuk panduan bagi lagu-lagu yang agak ‘sukar’. Tak sempat siap sebelum ni

sekian terima kasih dan selamat berlatih. wasallam

3 thoughts on “FIRST REHEARSAL/RANDOM CHECK SESSION

  1. Terima kasih tuan penasihat atas maklumat yg berguna ini, saya akan memperbaikinya dgn lebih molek lagi dari semasa ke semasa utk part adunan bass-drum.

  2. Kredit posting sebenarnya empunya tuan pengarah kita bro Yusman 😉 .. anyway sebagai penasihat izinkan saya menurunkan sepatah dua kata 😀 :-

    1. Sesi yang baik utk 1st time. Tahniah. 🙂

    2. Untuk point tuan pengarah #1 dan #2 (tak ingat intro dan lagu), InsyaAllah untuk next session saya akan sediakan sedikit panduan pd lirik lagu (key dan basic chords lagu).

    3. Untuk point #3 beliau (bunyi gitar) saya cadang amp gitar diletak betul-betul mengadap gitarisnya (mcm monitor). Dgn itu gitaris dapat dengar mainan sendiri tanpa perlu volume yg kuat.

    Itu saja buat masa ni. Tk.

  3. TQ tuan penasihat. BTW untuk lagu gambus jodoh, kita akan guna gambus real.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *